" BIODATA RASULULLAH SAW "
Bismillaahirrahmaanirrahiim..
Nama penuh: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama Abdul Muttalib
Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib
Nama Ibu susuan Rasulullah: - Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba
perempuan Abu Lahab)- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib
As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu
Kabsyah)
Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin: Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun
Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zamah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma bt. al-Numan al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar Ummu Al-Masakin; Ibu Orang Miskin)
Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada
Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan
Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]
Pengalaman bekerja Rasulullah:Semenjak kecil lagi, baginda telah
menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.Abu Talib telah
membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.Apabila
baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan
baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan
menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya
bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara
sebuah keluarga yang besar.Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun,
baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan
Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga
yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan
rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah
dan menjaga anak.Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama
yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.
Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi
pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga
baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.
Sifat-sifat terpuji Rasulullah: - Berkata benar (siddiq) - Boleh
dipercayai (amanah) - Penyampai ajaran Islam (tabliq) - Bijaksana
(fatanah)
kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di
kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda
banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum
Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul
perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan
meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah.
Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi
hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung
Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.
Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut
nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah,
dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan
perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang
tidak diketahuinya."
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.
Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)
wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi "Bacalah dengan
menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia
dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia
apa yang tidak diketahuinya."
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.
Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu: Pada suatu ketika sedang dia
bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: "Bacalah!"
(Iqra). Lalu Rasulullah menjawab; "Saya tidak pandai membaca." Lalu kata
beliau: "Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku.
Kemudian dilepaskannya aku dan dia berkata pula: "Bacalah!" Tetapi aku
jawab: "Aku tidak pandai membaca!" Lalu dipagutnya pula aku sampai habis
pula tenagaku.
Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan
dikatakannya pula: "Bacalah!", yang ketiga kali, lalu berkatalah
malaikat itu: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,"
sampai kepada ujung "Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia
tidak tahu." Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun
ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.
Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau
berkata: "Selimutilah aku, selimutilah aku." (Zammiluuni, zammiluuni).
Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa
dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: "Hai
Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?" Lalu beliau
ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata:
"Aku ngeri atas diriku."
Wallahu Alam Bishowaab.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar